Cikgu Nan Barang Antik
Wednesday, September 4, 2013
Piring bunga antik
Piring bunga pelbagai warna.Ada lagi teman naroh
weh...yang asli ni berat sikit...
Pinggan lama
Pinggan lama China.Masih cantik.Warna bunganya
tetap tidak pudar.....
Pinggan lama
Pinggan lama Made In China.Dah berapa puluh
tahun usianya dan digunakan dipelbagai majlis kenduri
kendara namun warna bunganya tetap utuh...Nak
jual ni yob kut ada sesiapa yang berhajat.
Mesin jahit tangan lama
Mesin jahit tangan kepunyaan Opah bini teman.
Sempat diselamatkan sebelum sampai ke tangan
kelin botoi.
Kayu pengandar susu getah
Kayu pengandar susu getah .Kepunyaan arwah
bapa.Salah satu alat yang digunakan untuk
mencari rezeki menanggung 10 mulut.
Dapat teman selamatkan untuk tatapan generasi
akan datang.
Sudip kayu
Sudip kayu untuk kenduri kendara kepunyaan nenek moyang.
tak diketahui berapa usianya.Datuk teman udah guna,bapa teman
udah guna kini..giliran teman pulak menggunakannya.Tahan beno
kayunya.
Dulang bijih timah
Hampir pupus..dulang bijih timah yang diperbuat
daripada kayu.Teman perolehi daripada sahabat
teman .Hanya tinggal sejarah...
Sunday, September 1, 2013
Buku Sejarah Melayu/Sulalatus Salatin 1979
Buku Sejarah Melayu/ Sulalatus Salatin
karya Tun Sri Lanang.A.Samad Ahmad
susun semula nak ambik nama kononnya.
Buku ini dikatakan dikarang pada 1896.
Kitab Taj Us-Salatin
Buku Taj Us-Salatin karya Bukhari
Al-Jauhari 1966.Buku yang hampir
sama dengan Taj al- Muluk dari Parsi.
Mengisahkan tentang masalah-masalah
dalam agama islam
Buku Ilmu Mengarang Melayu terbitan 1934
Buku Ilmu Mengarang Melayu Terbitan Rumi
1962,Jawi 1934 karangan Zaaba.Digunakan
oleh pelajar sekolah menengah dan penuntut
di maktab perguruan.
Buku Sejarah Tingkatan 4 dan 5 1972
Buku Sejarah pelajar-pelajar Tingkatan
4 dan 5 mulai tahun 1974
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)